Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Perutusan Hari Malaysia 2020

Sep 15, 2020

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyeru rakyat Malaysia untuk memanfaatkan Sambutan Hari Malaysia bagi memahami sejarah penubuhan Malaysia, untuk terus menyatukan perpaduan dan rasa kekitaan masyarakat di Semenanjung dan Malaysia timur, juga menjadi pemangkin kepada pembangunan negara yang harmoni.

Beliau mengatakan bahawa walaupun kerajaan Malaysia telah menetapkan 16 September sebagai cuti umum pada tahun 2009, tetapi masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami makna “cuti” ini, terutama generasi muda yang tidak melalui masa penubuhannya dan mereka tidak mempunyai perasaan mendalam terhadap negara. Oleh itu, adalah mustahil untuk mereka memahami proses sukar nenek moyang negara dari memperjuangkan kemerdekaan hingga pembentukan Malaysia.

“16 September 1963 adalah hari ketika Sarawak dan Sabah membentuk Malaysia dengan Persekutuan Tanah Melayu setelah mereka melepaskan diri dari pemerintahan Inggeris. Oleh itu, 16 September dinamakan sebagai Hari Malaysia untuk memperingati hari yang menjadikan ‘Malaysia’ secara formal. Saya percaya bahawa Hari Malaysia, hari yang istimewa dan bermakna, harus dihargai oleh negara, dan tidak hanya disambut di Malaysia Timur. ”

Dominic Lau Hoe Chai membuat pernyataan di atas dalam perutusan Hari Malaysia.

Dia menekankan bahawa sebagai rakyat Malaysia, kepelbagaian adalah kekuatan dan rahsia kemenangan negara kita. Sejarah telah membuktikan bahawa jika kita bersatu dan saling menyokong, kita dapat mengatasi segala cabaran atau kesulitan.

Katanya lagi, “Negara kita mempunyai potensi besar dan menpunyai kemampuan untuk menciptai pencapaian yang lebih besar, tetapi semua perpecahan dan politik ekstrem mesti dihentikan untuk mencapai kesatuan sejagat.”

Dia juga mengingatkan pemimpin politik dari parti pemerintah dan pembangkang hendaklah bersatu padu dari segenap penjuru. Pemimpin juga harus berhati-hati dalam kata-kata dan perbuatan mereka, serta mempertimbangkan kepentingan negara dan rakyat  daripada menggunakan perpecahan dan kaedah meraih undi yang boleh menghancurkan negara.

 

刘华才:关注难民安保隐忧

刘华才:关注难民安保隐忧

上周发生了528名罗兴亚难民从槟城双溪峇甲扣留中心集体逃跑事件后,警方积极展开追捕行动,目前仍在追查还未落网的60多人下落.

baca lagi
民政党木威区 重启3服务中心

民政党木威区 重启3服务中心

(实兆远28日讯)来届大选将至,民政党木威区部要在木威国席内的3个主要城镇,即爱大华、班台及实兆远重开服务中心,为民服务.

baca lagi