Siaran Akhbar

Perutusan Khas Presiden Nasional GERAKAN Sempena Hari Thaipusam – DOMINIC LAU HOE CHAI

Feb 5, 2023

Hari Thaipusam merupakan perayaan penting bagi penganut Hindu di Malaysia. Ini disebabkan Hari Thaipusam bagi penganut Hindu memperingati Dewa Murugan menewaskan Soorapadman.

Dengan ini, saya menyeru semua rakyat Malaysia belajar semangat Dewa Murugan untuk berani menghadapi setiap cabaran pada tahun 2023 dan mengatasinya.

Ini disebabkan Malaysia sehingga seluruh dunia akan mempunyai banyak cabaran pada tahun ini, kerana semua negara juga perlu menghadapi masalah seperti, kemungkinan kemelesetan ekonomi dunia dan konflik dari Rusia-Ukraine.

Selepas COVID-19 dan ‘lockdown’ berakhir. Nampaknya 2023 tahun untuk kita memulihkan dan menstabilkan ekonomi.

Namun keadaan dan konflik dari Rusia-Ukraine amat membimbangkan kerana tiada perang berlaku selepas Perang Dunia ke-2. Kesannya amat teruk dan menjejaskan bukan sahaja ekonomi dan pasaran tenaga, tetapi juga keselamatan dunia.

Di samping itu, saya juga berharap rakyat dari semua kaum boleh mempunyai keberanian dan kejujuran untuk menghadapi hakikat bahawa masyarakat kita yang berbilang kaum masih belum matang. Jadi, kita perlu berazam untuk mengambil praktikal untuk menuju ke arah masyarakat ideal.

Sama seperti sambutan Thaipusam telah menunjukkan toleransi beragama, perpaduan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Berkat kepelbagaian dan toleransi masyarakat Malaysia, Malaysia telah mencapai kemakmuran ekonomi, kemajuan sosial dan kebahagiaan rakyat hari ini.

Saya berharap sambutan Thaipusam tahun ini akan menguatkan azam kita untuk mengatasi semua.

Akhir sekali, saya mewakili seluruh keahlian Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2023 kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya penganut Hindu.