Siaran Akhbar

PERUTUSAN PERAYAAN DUAN WU 2023 – PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

Jun 21, 2023

Dominic Lau menggesa rakyat Malaysia mempelajari semangat patriotisme dan jangan takut menghadapi kesulitan dalam perayaan Duan Wu supaya dapat bersama-sama menghadapi cabaran pada masa depan.

Beliau berkata, Perayaan Duan Wu merupakan perayaan yang penting dalam masyarakat Cina. Ini bukan sahaja sikap hormat-menghormati kepada orang dahulu, tetapi ia juga melambangkan perpaduan, keharmonian dan keberanian.

Menurut lagenda masyarakat Cina, Perayaan Duan Wu adalah perayaan bagi memperingati seorang pemikir serta penyair “Qu Yuan” yang amat patriotism, tetapi dikorban kerana konspirasi politik, akhirnya menjerumuskan dirinya ke dalam sungai. Jadi, masyarakat Cina akan membuat zongzi dan perlumbaan perahu naga pada perayaan Duan Wu.

Dominic Lau membuat perutusan perayaan Duan Wu 2023 di atas hari ini.

Beliau menegaskan bahawa pengalaman “Qu Yuan” mempunyai banyak persamaan dengan penganiayaan  terhadap pemimpin PN. Sejak Kerajaan Campuran dibentuk oleh PH dan BN selepas PRU -15 tahun lalu, pemimpin PN dapat banyak tuduhan, seperti Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin juga didakwa dengan tuduhan rasuah yang tidak wujud. Sebaliknya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang terjerat dengan kes rasuah yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Kerajaan Campuran telah memerintah negara kita selama 200 hari lebih, tetapi tidak membawa perubahan dan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat. Sebaliknya, kehidupan rakyat semakin sukar. Kerajaan bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah kenaikan harga barang, malah juga menambah beban rakyat. Sebagai contoh, menaikkan Tarif Elektrik, harga Tarif Air dikaji semula, Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kadar pertukaran ringgit terus merosot dan mencapai rekod terendah berbanding dolar US & Singapura.

Dengan ini, rakyat perlu belajar sikap keberanian untuk membina negara yang lebih baik.

Akhirnya, Saya ingin mengucapkan Perayaan Duan Wu kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama rakyat masyarakat Cina.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN