Siaran Akhbar

Praktikkan khidmat sosial bantu jururawat barisan hadapan

Apr 7, 2020

Pertambahan Zon Merah di beberapa lokasi di Putrajaya, Rembau dan Jasin menyebabkan lebih ramai jururawat barisan hadapan diperlukan untuk memantau kesihatan pesakit Covid-19.

Berdasarkan kenyataan daripada Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom, dunia bakal berdepan dengan masalah kekurangan 6 juta jururawat dalam urusan pengendalian Covid-19. Peningkatan kes setiap hari menyebabkan kakitangan sedia ada mula tertekan dan keletihan kerana beban kerja yang semakin bertambah.

Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengesyorkan pesalah PKP ditetapkan hukuman wajib dengan mempraktikkan khidmat sosial untuk membantu jururawat dalam negara untuk urus selia pesakit Covid-19. Saranan ini bukan sahaja dapat meringankan beban jururawat dan doktor sedia ada, malah memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka tentang bahayanya pandemik ini. Selain dapat menimba pengetahuan dan pengalaman, mereka juga dapat menebus kesalahan mereka dengan berbakti kepada masyarakat.

Sehubungan itu, biarpun kerajaan telah menawarkan perkhidmatan kontrak tambahan selama 6 bulan untuk khidmat doktor dan jururawat dalam negara demi membantu negara mengawal pandemik ini, namun kerajaan tetap memerlukan solusi lain untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam kalangan jururawat.

Hal ini kerana, bilangan pesakit Covid-19 tetap meningkat dan jumlahnya dijangka bertambah susulan ramai yang ingkar dengan pematuhan PKP sejak akhir-akhir ini.

Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyarankan kerajaan mempertimbangkan segera saranan tersebut demi membantu petugas barisan hadapan membendung penularan kes Covid-19.

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi