Siaran Akhbar

Program Imunisasi Kebangsaan penyelamat negara

Feb 24, 2021

Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menyeru orang ramai supaya mendaftar diri untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Bendahari Pemuda GERAKAN, Andy Tan Hum Wei berkata pengambilan vaksin adalah salah satu langkah pencegahan yang utama bagi menghalang penularan wabak seperti COVID-19 yang boleh menjejaskan populasi manusia.

“Kalau pengambilan vaksin itu tidak diutamakan, wabak COVID-19 akan terus membahayakan nyawa rakyat. Vaksin ini penting, jangan teragak-agak.”

Beliau juga memuji Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini. Inilah kepimpinan yang kita perlukan.

Beliau berpendapat bahawa tindakan tersebut akan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin selamat digunakan dan mengalakkan lebih ramai untuk mendaftar bagi suntikan vaksin COVID-19.

Andy Tan juga memberi komitmen bahawa Pemuda GERAKAN akan terus berusaha untuk memastikan Program Imunisasi Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan negara kita dapat mencapai tahap kekebalan kawanan secepat mungkin.