Siaran Akhbar

Rafizi acap kali cakap kosong apabila mencari penyelesaian masalah ekonomi negara

Apr 11, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kerana memberikan jawapan cakap “kosong” kepada soalan yang ditanya tentang cara Kerajaan mengeluarkan Malaysia daripada ‘middle-income trap’ atau perangkap pendapatan sederhana.

Beliau menegaskan bahawa jawapan bertulis daripada Rafizi masih seperti biasa syarahan politik kosong tanpa sebarang cadangan atau penyelesaian dan juga tidak menggunakan prinsip 5W1H untuk menjelaskannya.

“Slogan Wawasan 2020, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menetapkan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun itu, tetapi gagal; Bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata kita akan mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2025, Kini hanya tinggal kurang daripada tiga tahun tetapi Rafizi masih belum memikirkan penyelesaiannya.”

“Negara kita telah mencapai tahap negara berpendapatan sederhana sejak 1992, tetapi sehingga kini 30 tahun, negara kita masih berada di perangkap pendapatan sederhana.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau menjelaskan bahawa perangkap pendapatan sederhana adalah isu ekonomi yang serius, tetapi tindakan dan jawapan bertulis diberikan oleh Rafizi tiada penyelesaian, hanya cakap kosong.

“Rafizi masih berkelakuan sebagai pembangkang dan gagal mencari jalan penyelesaian, malah tidak cuba mendapatkan nasihat daripada pakar atau negara lain.

“Sejak Rafizi dilantik, keadaan ekonomi negara kita masih lembap. Jika Rafizi gagal memberikan penyelesaian konkrit dan bertindak dengan segera, maka beliau harus meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi dan membiarkan seseorang yang mempunyai kemampuan mengetuai jawatan penting tersebut” tegasnya.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN