Siaran Akhbar

Rafizi tak sentuh sepenuhnya, soalan pokok yang telah pun dibangkitkan ahli dewan negara

Mac 28, 2023

Menteri Ekonomi dalam sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Negara bagi kementeriannya menekankan akan menyentuh tiga soalan pokok iaitu Pertumbuhan ekonomi dan kos sara hidup, Perancangan kerajaan dalam basmi kemiskinan dan Keseimbangan pembangunan.

Namun begitu, ahli Dewan Negara, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau berpendapat bahawa menteri tidak menyentuh sepenuhnya kepada soalan pokok yang telahpun dibangkitkan oleh ahli dewan negara semasa sesi perbahasan menjunjung Titah Diraja.

Ahli Dewan Negara itu juga menyoal Menteri Ekonomi untuk memberi penjelasan kepada soalan-soalan yang memerlukan jawapan secara langsung, dan bukannya syarahan politik menteri, dari ramalan hujan kepada sediakan payung.

Tambah beliau, jawapan menteri seolah-olah ceramah politik, dan menteri berkenaan masih berkelakuan sebagai pembangkang, dan gagal memberi pencerahan yang diminta.

“Kita tahu kita perlukan payung, persoalan kepada menteri adalah apa tindakan kementerian? Mana payung tersebut, tunjukkan kepada rakyat? Yang duduk di Perdana Putra perlu menyediakan jalan penyelesaian. Bukan asyik main tai chi”.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi