Siaran Akhbar

Ramai juga kecewa dengan prestasi Kerajaan Perpaduan hari ini

Jul 18, 2023

Semalam nilai mata wang ringgit telan mencatatkan mata wang paling lemah di Asia. Ramai juga kecewa dengan prestasi Kerajaan Perpaduan hari ini.

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menegaskan bahawa kejatuhan nilai mata wang ringgit telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara, namun ia juga terkesan dengan kehidupan rakyat Malaysia.

“Kerajaan tidak mempunyai pelan tindakan yang jelas apabila menghadapi kejatuhan nilai mata wang ringgit ringgit. Ia telah membawa kepada ketidaktentuan pasaran dan memberi kesan besar kepada pelabur”

“Bagaimanapun, kini kita lihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tidak membuat sebarang tindakan atau formula. Ia telah menyebabkan rakyat mempersoalkan kepimpinan mereka”

Dominic Lau membuat satu kenyataan di atas hari ini.

Beliau berkata, kejatuhan nilai ringgit menyebabkan kuasa beli rakyat menurun, malah ia akan terkesan langsung kepada sektor import negara.

Selain itu, beliau juga menunjukkan bahawa kejatuhan nilai ringgit boleh mencetuskan inflasi dan ketidakstabilan ekonomi serta memberi ancaman besar kepada pembangunan negara.

Jadi, Dominic Lau meminta kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat langkah-langkah menangani kejatuhan nilai ringgit.

Tambah Dominic Lau, kerajaan juga perlu mengukuhkan dasar monetari dan membuat tindakan melalui Kerjasama antara kerajaan dan Bank Negara Malaysia untuk menstabilkan semula nilai mata wang ringgit serta menarik semula pelabur.

“Kerajaan harus mempercepatkan pembaharuan struktur ekonomi bagi meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara, dengan mengurangkan pergantungan kepada sektor import dan meningkatkan eksport serta pembangunan industri tempatan. Daripada itu, kesan kejatuhan nilai ringgit dapat distabilkan semula”
Dominic Lau percaya bahawa kerajaan perlu menyediakan maklumat yang tepat mengenai perkembangan ekonomi serta kadar pertukaran dan meningkatkan ketelusan pasaran secara aktif. Jadi, ia akan mengurangkan ketidaktentuan pasaran dan mendapatkan keyakinan pelabur asing.

“Kerajaan perlu membuat tindakan tegas untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap kepimpinan mereka dan mewujudkan persekitaran yang baik demi kestabilan ekonomi serta pembangunan negara”

“Jika Anwar tidak mampu, bagi orang lain jawatan Menteri Kewangan. Menteri Ekonomi, lantik orang lain” tegasnya.

10%非土著配额应保留 考不到10A也有机会读预科班

10%非土著配额应保留 考不到10A也有机会读预科班

(槟城2日讯)民政党全国署理主席胡栋强建议,考获大马教育文凭(SPM)10A以上各族优秀生获保留预科班录取学额后,原有的土著与非土著90:10录取分配学额也应该继续保留,以让无法考获10A的非土著学生,也有机会通过这配额进入预科班。

baca lagi