Siaran Akhbar

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Feb 14, 2025

Parti Gerakan Rakyat Malaysia berpendapat bahawa menteri sepatutnya memberi lebih tumpuan kepada isu-isu kehidupan rakyat yang lebih mendesak, terutamanya peningkatan kos sara hidup, kekurangan bekalan makanan seperti stok beras tempatan dan seumpanya.

Ia berikutan kerana seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam.

Menurut Ketua Biro Perpaduan Nasional GERAKAN, Dato’ Sri Chandara Balabedha menumpukan terlalu banyak tenaga dan sumber kepada urusan agama tidak banyak membantu dalam keharmonian dan pembangunan negara. Malah boleh memburukkan lagi perpecahan antara agama dan kaum. Menambah jawatan baharu juga bermaksud peningkatan perbelanjaan, yang akhirnya membazirkan wang pembayar cukai.

“Seeloknya Kerajaan Madani melakukan reformasi kepada menteri-menteri yang sedia ada yang tidak berguna untuk rakyat dan negara daripada membuat penambahan jawatan Menteri” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, jika benar-benar perlu mewujudkan jawatan “Menteri Hal Ehwal Bukan Islam”, menteri tersebut harus mewakili agama yang mana? Kristian, Buddha, Taoisme? Pendekatan seperti ini mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan, malah berpotensi mencetuskan lebih banyak pertikaian dan kesan negatif tambahan.

Saya berpendapat bahawa sesetengah ahli parlimen seharusnya berfikir dengan lebih menyeluruh sebelum mengemukakan cadangan, dan bukannya sekadar memberi cadangan tanpa mempertimbangkan kesannya. Mereka perlu melakukan analisis yang mendalam terhadap implikasi setiap cadangan serta memperkukuh kebolehan menyelesaikan masalah dan pemikiran logik.

“Jangan sekadar nak melepaskan ‘batuk di tangga’ apabila menjadi ahli Parlimen. Mahu Nampak berfungsi biarpun cadangan tersebut ‘membuta tuli’.

Pada masa yang sama, seorang menteri tidak sepatutnya menggunakan kuasa dalam jabatan hal ehwal agama untuk agenda peribadi. Penganut agama yang benar-benar ikhlas akan memahami bahawa kepercayaan agama adalah sesuatu yang datang dari hati, bukan alat untuk meraih kuasa.

Dato’ Sri Chandra Balabedha
Ketua Biro Perpaduan Nasioanal
GERAKAN

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi