Siaran Akhbar

Salahkan Kerajaan Campuran ekonomi negara merundum! bukan pembangkang

Jun 26, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia YB Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengkritik dakwaan Nga Kor Ming mengatakan gelombang hijau menyebabkan timbul kerisauan terhadap pelaburan asing.

Menurut Dominic, kenyataan bahawa pelaburan asing terus mengeluarkan dana mereka berjumlah RM3.66 billion minggu lalu adalah tidak benar.

Saya yakin tujuan kenyataan itu dikeluarkan adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada ketidakupayaan Kerajaan Campuran hari ini menyelesaikan masalah ekonomi.

“Nga Kor Ming sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan DAP sebelum menyalahkan pihak lain terhadap kemelesetan ekonomi negara”

“Walhal pada 26 Mac lalu Lim Kit Siang memberitahu tiada tanda akan berlaku gelombang hijau. Malah Timbalan Ketua Pulau Pinang Ramasamy menyenaraikan 8 faktor membuktikan gelombang kini hijau lemah” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic menyoal, apa agenda Nga Kor Ming keluar kenyataan dalam tempoh hampir pilihanraya dan mengatakan kerisauan pelabur asing terhadap gelombang hijau.

Saya ingin mengingatkan bahawa Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang bertanggungjawab jika terdapat pengeluaran semula dana pelaburan asing dan bukannya gelombang hijau.

Saya hairan semasa zaman Najib Razak, ketika DAP menjadi pembangkang mereka sentiasa salahkan Kerajaan apabila berlaku kemelesetan ekonomi. Kini apabila dalam Kerajaan DAP menyalahkan pihak pembangkang pula.

Dalam pada itu, Dominic memberitahu, Kedah telah menerima jumlah pelaburan sebanyak RM11.2 billion dalam sektor pembuatan dari Januari hingga September 2022 dan menduduki tempat pertama di Malaysia.

“Jika pelabur asing benar-benar takut dengan gelombang hijau, Kedah tidak akan pernah mencapai jumlah pelaburan sedemikian rupa” tegasnya.

Tambah Dominic, kini bukan gelombang hijau yang perlu dirisaukan oleh Kerajaan Campuran sebaliknya adalah gelombang rakyat yang lahir disebabkan tidakpuasaan dan ketidakpercayaan terhadap kerajaan hari ini mentadbir negara.

Beliau juga menasihatkan Nga Kor Ming jika tidak faham ekonomi baik duduk diam dan jaga tandas baik-baik. Jangan membuat kenyataan palsu mengelirukan orang ramai.

Paling penting adalah jangan ambil sehingga 30 tempat letak kereta apabila mahu makan diluar ia menyusahkan rakyat Malaysia.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia