Siaran Akhbar

Sebarkan Isu Positif Supaya Dapat Membantu Orang Ramai – GERAKAN Careline

Jul 3, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia melancarkan GERAKAN Careline bagi membantu rakyat yang betul-betul susah dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya memahami masalah rakyat sekarang tiada bekalan makanan secukupnya dan mempunyai pelbagai masalah sehinggakan ada yang kibar bendera putih.

“GERAKAN Careline ini adalah penyelamat pada sesiapa sahaja, samada diri anda sendiri atau orang yang susah berada di kelilingi anda.

“Telefon lah GERAKAN Careline, apa sahaja aduan seperti bekalan makanan, khidmat kaunseling, pekerjaan dan lain-lain,” katanya pada sidang media secara maya semasa Pelancaran GERAKAN Careline hari ini.

GERAKAN berjanji akan membantu mereka dengan secepat mungkin kerana ia adalah tanggungjawab GERAKAN demi rakyat.

Dalam pada itu, GERAKAN Careline boleh dihubungi di talian 0108252278 dan akan memulakan operasi pada 5 Julai (Isnin).

Selain itu ia akan dibuka setiap hari pada pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Untuk fasa pertama ini, GERAKAN Careline hanya beroperasi untuk negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

GERAKAN berjanji akan membantu mereka ini secepat mungkin kerana ini tanggungjawab kami, GERAKAN sentiasa berkhidmat demi rakyat.

Dalam pada itu, Dominic Lau berharap orang ramai menyebarkan GERAKAN Careline ini supaya semua orang dapat mengetahuinya terutamanya golongan-golongan memerlukan.

Tambah Dominic Lau, lebih baik menyebarkan perkara-perkara positif seperti bantuan ini agar mereka yang susah tidak merasai diri mereka ini tidak dihargai.

“Sekarang banyak di sosial netizen kongsi kes bunuh diri, bagi GERAKAN ia adalah adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dan perlu dipandang serius.

“Sekiranya dilihat oleh individu yang sudah lama mempunyai tekanan dalam hidup, secara automatik ia mewujudkan sifat ketakutan kepada mereka dan berisiko untuk ke arah bunuh diri,”tegasnya.

Oleh itu, jangan sebarkan berita-berita yang negatif dan palsu terutamanya dalam keadaan orang ramai tengah susah dan memerlukan.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN

7个月过去了 搜寻MH370重启行动呢?

7个月过去了 搜寻MH370重启行动呢?

  民政党全国主席拿督刘华才博士询问团结政府,是否已经与美国海底探测公司“海洋无限”(Ocean Infinity)代表会面?让遇难者家属了解恢复搜寻MH370的最新进展。 他说,交通部长陆兆福在今年3月初出席MH370失联10周年纪念活动上曾保证,会尽一切努力说服内阁成员,与“海洋无限”签署“无效果,不收费”的协议,以尽快重启搜寻行动。然而,陆部长在做出上述保证后就没有在告诉大家进一步详情和进展。...

baca lagi