Siaran Akhbar

Sedia bantu kerajaan dalam kemajuan pengambilan vaksin

Apr 15, 2021

Presiden Nasional GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau telah berbincang kemungkinan untuk membuka stesen pengambilan vaksin dalam satu perbincangan secara maya dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berharap Kementerian Kesihatan dapat kaji kebolehlaksanaan pendekatan ini di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar bagi memudahkan penduduk di kawasan tersebut.

“Kami juga bersedia untuk mencari lebih ramai doktor sukarelawan supaya proses pengambilan vaksin boleh mempercepatkan lagi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Dominic Lau juga memuji kerajaan Malaysia antara negara yang sanggup membeli dos vaksin COVID-19 dengan jumlah yang banyak.

“Malaysia merupakan negara kedua tertinggi di Asia Tenggara dengan pembelian sebanyak 66.7 juta dos vaksin.”

“Ini menunjukkan kerajaan Malaysia kini memang sangat prihatin terhadap rakyat dan berusaha keras agar negara kita bebas daripada COVID-19.”

Pada masa yang sama, GERAKAN menyeru semua rakyat Malaysia agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Angka kes baharu COVID-19 di Malaysia semalam kembali mencatatkan angka melepasi 2000 selepas 41 hari dengan 2148 kes trend ini amat membimbangkan. Kami juga berasa kesal dan amat susah hati kerana masih ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi degil dan tidak mamatuhi SOP.”

“Kita dapat lihat semalam kes tidak mematuhi SOP di pasar malam dan bazar Ramadan berlaku. Diharapkan kerajaan dapat kaji semula dan memperketatkan lagi SOP di semua tempat berpotensi supaya penularan COVID-19 dapat di putuskan.”