Siaran Akhbar

Sekurang-kurangnya GERAKAN tidak sombong dan hormat dengan PAS

Dis 24, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia,YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyindir kenyataan Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang menuduh GERAKAN sebagai “Boneka Rakan Sejenayah” PAS.

Beliau berkata, seawal tahun 1999, buat kali pertama DAP bekerjasama dengan PAS dalam Barisan Alternatif. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, DAP sekali lagi bersama dengan parti PAS dan PKR untuk menubuhkan Pakatan Rakyat bagi bekerjasama dalam politik selama tiga tahun.

“Adakah Lim Guan Eng lupa bahawa DAP pernah bekerjasama dengan PAS?

“Sekurang-kurangnya GERAKAN tidak sombong dan hormat dengan PAS.”

“Ketika PAS mencadangkan RUU355, Lim Guan Eng kata ‘let it pass first’. Manakala Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP kini kata, ‘tidak perlu takut dengan hukuman yang telah ditetapkan dalam hudud”.

Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

“Sebelum DAP bekerjasama dengan PAS, pengaruh politik PAS pada asalnya hanya di semenanjung pantai timur. Tetapi selepas bekerjasama dengan PAS, PAS berkembang hingga ke Perak, Kedah dan Selangor.”

Dominic Lau juga rasa malu kerana GERAKAN tidak memberi banyak bantuan kepada PAS berbanding DAP.

Kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa Perikatan Nasional adalah parti ekstremis adalah tidak benar. Tetapi parti ekstremis yang sebenar adalah UMNO.

“Setelah bertahun-tahun Presiden DAP, Lim Guang Eng dan bapanya Lim Kit Siang mencaci UMNO, kini bolehkah DAP menafikannya?

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI