Siaran Akhbar

Selamat menyambut Tahun Baharu 2021

Dis 31, 2020

Seluruh dunia berdepan ancaman COVID-19 yang melanda hampir sepanjang tahun 2020, ada juga kekacauan politik yang mengganggu dan mengelirukan kita. Walaupun kita hidup dalam keadaan norma baharu, rakyat Malaysia masih mampu bertahan mengharungi saki baki kehidupan pada tahun ini.

Oleh kerana wabak ini belum berakhir, dijangka lebih banyak ketidakpastian dari segenap aspek terutamanya sektor ekonomi dan kewangan yang akan berlaku pada tahun hadapan  kerajaan harus menjalankan lebih banyak langkah pencegahan dan pelan pemulihan sebagai tidak balas kepada masalah ini.

Tahun 2020 juga merupakan tahun wawasan yang telah lama ditunggu oleh ramai rakyat sejak kecil. Namun, negara kita masih belum mencapai taraf tersebut dan tidak menjadi negara berpendapatan tinggi seperti yang diharapkan. Jurang antara masyarakat nampaknya semakin meningkat, dan keadilan ekonomi masih dipertikaikan.

Walau bagaimanapun,nilai-nilai murni seperti sifat toleransi, harmoni ,bersatu padu serta hormat menghormati dalam kalangan masyarakat Malaysia bukanlah mainan atau wayang politik semata-mata. Rakyat harus mengutuk mereka yang cuba mempolitikkan isu bangsa.

Ramai orang berspekulasi bahawa tahun 2021 akan mengadakan pilihan raya, semua pihak bersedia menghadapinya pada bila-bila masa. Gerakan juga bersedia untuk bertanding pada bila-bila masa. Kami percaya bahawa pengundi dengan fikiran yang jelas akan membuat pilihan yang paling sesuai dan tepat.

Tidak kira pembangkang atau kerajaan yang memerintah, semua harus menegakkan gagasan utama rakyat , termasuk menolak rasuah, mengutamakan kepentingan rakyat, membasmi kemiskinan, dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni dan bahagia.

Semasa kita menuju ke arah kemajuan dan perkembangan masyarakat Malaysia, kita tidak lupa untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dari segi ekonomi, sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Pada tahun baharu ini, saya mempunyai tiga harapan:

Pertama, Saya berharap bahawa dunia dan negara akan bebas dari COVID 19.
Kedua, saya berharap kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia akan melahirkan keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Ketiga, Semoga rakyat dari semua bangsa di negara kita terus harmoni seperti sebelumnya, sebagai asas negara.

Saya juga mengangkat tiga harapan ini sebagai penanda aras atau matlamat utama Gerakan untuk tahun depan.

7个月过去了 搜寻MH370重启行动呢?

7个月过去了 搜寻MH370重启行动呢?

  民政党全国主席拿督刘华才博士询问团结政府,是否已经与美国海底探测公司“海洋无限”(Ocean Infinity)代表会面?让遇难者家属了解恢复搜寻MH370的最新进展。 他说,交通部长陆兆福在今年3月初出席MH370失联10周年纪念活动上曾保证,会尽一切努力说服内阁成员,与“海洋无限”签署“无效果,不收费”的协议,以尽快重启搜寻行动。然而,陆部长在做出上述保证后就没有在告诉大家进一步详情和进展。...

baca lagi