Siaran Akhbar

Selamat Tahun Baharu Tamil Chithirai kepada semua masyarakat Tamil

Apr 14, 2021

 

Perutusan Tahun Baharu Tamil Chithirai 2021 oleh Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Saya ingin mengucapkan Chithirai Puthandu Vazthukaal (Selamat Tahun Baharu Tamil Chithirai) kepada semua masyarakat Tamil.

Masyarakat Tamil di seluruh dunia menyambut Tahun Baharu Tamil pada hari pertama kalendar solar Tamil, yang jatuh pada 14 April, bersempena kelahiran bulan Chittirai.

Tahun Baharu Tamil tahun ini agak berbeza kerana kita tidak dibenarkan bergerak merentas negeri untuk balik ke kampung. Kita juga mesti mematuhi SOP sambutan perayaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Setiap permulaan adalah harapan baru, begitu juga sambutan tahun baharu. Harapan saya untuk kita semua adalah segera memutuskan rantaian pandemik, melandaikan keluk wabak, negara kembali kepada yang asal dan kesejahteraan rakyat diutamakan.

Saya mewakili Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baharu Tamil kepada saudara-saudari Tamil di mana jua anda berada.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia