Siaran Akhbar

Selepas Jadi PM Anwar Minta Tempoh Pula Untuk Selesaikan Subsidi Petrol

Jun 15, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi banyak alasan selepas menjadi kerajaan.

Naib Presiden GERAKAN, Datuk Parameswaran berkata, kenyataan Anwar mengenai pelaksanaan petrol bersasar agak rumit bertentangan dengan janji-janji beliau semasa menjadi pembangkang.

“Sebelum ini Anwar pernah berkata berkali-kali bahawa tiada sebab atau alasan harga minyak Malaysia tidak boleh turun”

“Kini untuk melaksanakan secara bersasar pun Anwar susah dan perlukan tempoh. Kenapa semasa menjadi pembangkang beliau boleh buat keputusan 24 jam harga minyak turun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini Anwar berkata, pelaksaan subsidi bersasar adalah bagi memastikan hanya golongan yang selayaknya, dapat menikmati kemudahan tersebut.

Tambah Param, adakah ini permainan politik Anwar untuk menipu rakyat demi merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya berharap kerajaan menemukan membezakan seseorang individu itu adalah daripada golongan B40 ataupun T20 semasa mengisi minyak. Jangan memberi alasan kajiaan atau masa kalau tidak mampu laksanakan”

“Bagi saya, lebih baik Anwar fokus kepada menyelesaikan masalah nilai mata wang ringgit yang jatuh, harga barang naik dan gaji minima pekerja-pekerja di negara kita” tegasnya

DATUK PARAMESWARAN
NAIB PRESIDEN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA