Siaran Akhbar

Semua Rakyat Menolak BN Jika Adakan PRU15 Pada Musim Tengkujuh

Sep 23, 2022

 

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata sekiranya UMNO berkeras mahu mengadakan PRU 15 pada musim tengkujuh tahun ini, maka semua rakyat Malaysia terpaksa menolak parti itu yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri tanpa mengira keselamatan rakyat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai November ini yang akan membawa banjir ke beberapa negeri di pantai timur.

“Lebih 10 juta daripada 33 juta penduduk di negara kita khususnya penduduk di pantai timur akan terjejas banjir, ia tidak wajar mengadakan PRU.”

“Manakala sekolah dan auditorium akan menjadi pusat bantuan jika PRU diadakan dan tempat itu digunakan untuk pusat pengundian Mereka (mangsa banjir) nak letak dimana?

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Parti GERAKAN menolak sekeras-kerasanya mengadakan pilihan raya pada akhir tahun ini, kerana keselamatan rakyat perlu diutamakan

Beliau berkata, semalam Menteri Kabinet juga mempunyai perbezaan pendapat di Mesyuarat Kabinet mengenai tarikh PRU15.

“Menteri Kabinet PN menantang pelaksanaan tersebut dan percaya bahawa kita harus bertindak membantu rakyat untuk menghadapi risiko banjir. Ini telah membuktikan bahawa PN adalah sebuah gabungan yang prihatin.

“Lain pula UMNO mahukan Perdana Menteri mengadakan PRU secepat mungkin, beliau merayu rakyat menolak parti yang tidak mahu mengadakan PRU dan tidak.

Beliau memetik kenyataan Presiden UMNO Zahid Hamidi mengenai akan mengadakan PRU ketika musim banjir

Tambahan pula, beliau menunjukkan bahawa selain daripada faktor banjir, golongan berpendapatan rendah juga telah meningkat daripada B40 kepada B60 selepas dua tahun COVID-19 di negara kita.

Di samping itu, jika PRU mengadakan tahun ini, Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir oleh PAS serta Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh PH telah menunjukkan bahawa mereka tidak akan membubarkan DUN.

Ini bermaksud negeri-negeri ini akan mengadakan PRN pada tahun depan.

“Kalau negara kita mengadakan PRU dan PRN secara berasingan menyababkan perbelanjaan tinggi, jadi lebih baik mengadakan PRU pada tahun depan.”

“Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada ekonomi negara kita untuk memastikan pemulihan ekonomi Malaysia bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan meringankan beban hidup mereka.”

Dominic Lau menambah, sebenarnya PRU15 boleh ditangguhkan sehingga September tahun depan, ia tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU pada penghujung tahun dan berisiko banjir.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN