Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Serangan Isreal terhadap Palestin ada udang di sebalik batu

Mei 29, 2021

Serangan rejim ziones Israel dilihat sebagai satu cara untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mempunyai masalah dalaman politik.

Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Mak Kah Keong berkata, peperangan yang dicetuskan oleh Israel itu mempunyai ‘udang di sebalik batu’.

“Mana tidaknya, perdana menteri yang zalim itu mempunyai pelbagai pertudahan seperti rasuah,rampasan kuasa dan sebagainya dalam negaranya.

“Jadi untuk menutup semua keburukkan dia, serangan terhadap negara Palestin dibuat dan memutar belitkan isu peperangan terbabit,” katanya ketika temubual secara langsung dalam forum Konfilk Palestin-israel dari Perspektif Kemanusian dan Agama.

Pada masa yang sama, menurut Mak, forum tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa isu Israel ini amat penting dan politik Malaysia terutamanya kerajaan Perikatan Nasional memang mengambil penekanan.

Menurut Mak, kebelakangan ini beliau banyak menerima mesej dan melihat isu-isu serangan Israel terhadap Palestin.

Apa yang membimbangkan adalah, media barat manipulasi isu terbabit dan menyatakan serangan tersebut berpunca daripada pengganas Islam di Palestin.

“Ini adalah satu perangkap dan kita harus tangani, tidak boleh dibiarkan kerana seluruh dunia melihat dan sampai bila terutamanya penganut agama lain mengangap Islam adalah pengganas walhal itu tidak betul.

“Namun saya amat bersyukur kerana rata-rata rakyat Malaysia tahu perkara sebenar dan seperti saya menolak kekejaman zionis Israel terhadap Palestin.

Jelas Mak, isu tersebut bukan dilihat dari segi perspektif agama sahaja tetapi juga kepada kemanusiaan.

“Setiap orang harus mempunyai sifat kemanusiaan, kita wajib menolak kekejaman, penindasan dan kezaliman terutamanya melibatkan orang yang kurang kemampuan.

“Jangan sampai ketidakadilan menguasai dunia kerana ia sangat bahaya dan memberi kesan yang buruk.

Tegas Mak, di saat Israel dihina dan dihalau oleh seluruh dunia, hanya Palestin yang sudi menerima mereka untuk hidup bersama.

“Orang menerima dengan baik, tapi lama kelamaan, tuan rumah sendiri dijajah dan tanah mereka dirompak oleh Israel.

“Sebab itu semua negara tidak mahu terima kerana mereka mengetahui betapa jahat dan buruknya perangai kaum Israel ini.

Menurut Mak, jalan penyelesaian terbaik adalah Israel harus mengembalikan semua tanah hak orang Palestin yang mereka rampas dan melakukan perbicangan untuk meneruskan kehidupan antara dua negara itu.

刘华才:关注难民安保隐忧

刘华才:关注难民安保隐忧

上周发生了528名罗兴亚难民从槟城双溪峇甲扣留中心集体逃跑事件后,警方积极展开追捕行动,目前仍在追查还未落网的60多人下落.

baca lagi
民政党木威区 重启3服务中心

民政党木威区 重启3服务中心

(实兆远28日讯)来届大选将至,民政党木威区部要在木威国席内的3个主要城镇,即爱大华、班台及实兆远重开服务中心,为民服务.

baca lagi