Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Setiausaha Agong Gerakan sokong kenyataan Pas berkaitan isu kalimah Allah

Mac 18, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa tiada siapa boleh menghalang mana-mana pihak menggunakan kalimah Allah.

Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Mak Kah Keong berkata, kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang merupakan satu sikap yang meraikan kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia.

“GERAKAN menghargai kenyataan tersebut yang datang daripada seorang tokoh Islam yang amat dihormati oleh kita semua, dan ianya juga akan meningkatkan semangat saling hormat menghormati dan memberi ruang kepada semua dalam memahami isu tersebut.” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang adalah selaras dengan prinsip Rukun Negara yang dirangka sebagai landasan untuk mencapai perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa GERAKAN percaya agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan mementingkan kesaksamaan dan menghormati kebebasan beragama yang lain, sejajar dengan peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan persekutuan.

“Sebagai anggota parti dalam Perikatan Nasional, GERAKAN akan sentiasa mempertahankan kepelbagaian kebudayaan dan agama, dan memastikan perpaduan sebagai asas kepada pembentukan agenda keMalaysiaan.”

“Kenyataan presiden PAS tersebut terus meningkatkan keyakinan kami bahawa PN komited dengan agenda perpaduan nasional dan kesaksamaan dalam semua perkara termasuk dalam kehidupan beragama.