Siaran Akhbar

Singgah sahur dan berbuka puasa – Program Prihatin Ramadan GERAKAN

Apr 8, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai Ramadan kali ini menyahut cabaran berpuasa satu hari dan meluangkan masa pagi tadi dengan menyantuni anggota-anggota yang bertugas menerusi program Prihatin Ramadan Gerakan.

Menurut Dominic Lau, Ramadan kali ini merupakan tahun kedua beliau berpuasa di bulan Ramadhan yang dinamakan ‘puasa challange’.

“Tetapi edar juadah bersahur kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat julung-julung kali diadakan”

“Kali ini saya tidak berseorangan berpuasa kerana ada 3 pelajar daripada TAR UMT bukan Islam turut serta berpuasa bersama-sama. Mereka mahu merasai pengalaman bagaimana kawan-kawan Islam mereka berpuasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam selepas program tersebut.

Beliau memulakan kunjungan tersebut ke IPD Wangsa Maju dan meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra bersama anggota yang bertugas, seterusnya meneruskan jelajah singgah sahur ke Balai Bomba Hang Tuah, IPD Dang Wangi dan akhir sekali IPD Cheras.

Program tersebut merupakan antara manifestasi penghargaan beliau terhadap segala pengorbanan PDRM dan Bomba yang menjaga keselamatan Malaysia tanpa mengira masa. 

Turut sama pada program itu ialah Naib Presiden GERAKAN Dato Parameswaran dan Speaker GERAKAN Datuk Asharuddin Ahmad.