Siaran Akhbar

Sokongan Majoriti Ahli Parlimen Menandakan Kerajaan PN Layak Untuk Mentadbir Negara

Ogo 5, 2021

Majoriti ahli parlimennya menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan mereka berpendapat ia perlu diteruskan demi kepentingan rakyat serta memerangi wabak COVID-19.

Menurut Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, tindakan menarik balik sokongan kepada kerajaan yang telah diumumkan oleh presiden UMNO itu adalah satu tindakan tidak wajar kerana ia dapat mengugat proses pemulihan yang sedang dirangka.

“Apa yang rakyat perlu adalah sebuah kerajaan yang stabil dan fokus kepada proses pemulihan daripada pandemik COVID-19. Agar dapat kembali seperti sedia kala.

“Sekarang bukan masanya untuk berpolitik, tiada gunanya membelakangkan kepentingan rakyat dan bertindak memporak-perandakan kestabilan kerajaan demi untuk perebutan kuasa” katanya dalam satu sidang media pada Program GERAKAN Careline di Kasturi Apartment Taman Tasik Permaisuri Kuala Lumpur semalam.

Dalam program tersebut Dominic Lau sempat menyerahkan sumbangan kepada pemohon ‘GERAKAN Careline’. Mereka adalah golongan dan individu yang terkesan sejak pandemik COVID-19 ini.

Berbalik pada isu UMNO, mereka sebenarnya tidak mempunyai majoriti tersendiri, sama juga kepada Pakatan Harapan.
Malah, Perdana Menteri telah berjanji untuk memanggil pilihan raya selepas COVID-19 berjaya dikawal dan rakyat kembali kepada kehidupan harian.
GERAKAN juga berharap kesemua ahli parlimen dapat bersama kerajaan dalam usaha pemulihan negara dan memberi ruang kepada kepimpinan Perikatan Nasional untuk melaksanakan yang terbaik kepada rakyat.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi