Siaran Akhbar

Syor inisiatif berkesan untuk pemantauan berita palsu

Apr 17, 2020

Memandangkan penyebaran berita palsu di laman media sosial semakin menjadi-jadi dan tidak diwartakan dalam PKP fasa ketiga ini, maka Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus memperkasakan pemantauan secara sistematik.

Merujuk kepada laporan PDRM, sebanyak 220 kes siasatan berita palsu telah dibuka ,152 lagi masih dalam siasatan, manakala 24 telah dituduh dalam mahkamah dan 13 telah mengaku bersalah.

Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengesyorkan kepada PDRM dan SKMM agar meningkatkan pemantauan terhadap halaman dan akaun berita palsu. Selain mengenal pasti berita palsu, ianya juga perlu dilupuskan untuk mengelakkan berlakunya penghebahan secara tidak sengaja oleh pelayar internet.

Agensi kerajaan juga perlu segera bertindak untuk mengelakkan dan menyekat penularan berita palsu ini untuk terus mempengaruhi masyarakat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia percaya penyebaran berita palsu ini dapat dibendung dengan berkesan jika penguatkuasaan undang-udang dikuatkuasakan dengan tegas terhadap pesalah. Ini dapat mengurangkan jumlah penyebaran berita palsu di laman media sosial.

Kempen kesedaran mengenai penyebaran berita palsu juga harus dipergiatkan melalui literasi digital di laman sosial kerana masyarakat gemar mendapatkan info dan maklumat hanya di hujung jari.

Di samping itu, PDRM dan SKMM harus mempertimbangkan saranan lain yang lebih efektif. Contohnya seperti tawaran ganjaran kepada pelapor yang membuat laporan tentang berita palsu. Inisiatif ini dapat membantu PDRM dan SKMM lebih efisyen melakukan pemantauan dan siasatan. Ia dapat membantu usaha kerajaan membendung penularan berita palsu daripada terus berleluasa.

Selain itu, masyarakat dinasihatkan agar tidak bertindak sembarangan untuk menghebahkan atau berkongsi berita yang tidak sahih kepada rakan, keluarga dan lain-lain kerana dibimbangi akan turut berkait sama dalam penyebaran berita palsu.

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi