Siaran Akhbar

Syor kompaun untuk ibu bapa bawa anak keluar

Mei 19, 2020

Kuala Lumpur, 19 Mei- Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai kecewa dengan tindakan segelintir ibu bapa yang membawa anak keluar rumah tanpa menghiraukan risiko yang bakal dihadapi biarpun dalam tempoh PKPB.

“Ibu bapa seharusnya sedar bahawa kanak-kanak adalah golongan yang sangat mudah dijangkiti. Oleh itu, tindakan membawa keluar kanak-kanak dalam situasi ini hanya akan mengundang pertambahan bilangan pesakit Covid-19 secara tidak langsung.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

Merujuk laporan KKM beberapa hari lalu, jumlah pesakit Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak bawah umur 12 tahun telah mencatat jumlah 317 orang dan 22 darinya adalah bayi bawah umur setahun. Bilangan ini boleh bertambah sekiranya kawalan pencegahan tidak dilakukan dengan segera.

“Maka adalah lebih baik pihak kerajaan mempertimbangkan undang-undang untuk mengetatkan pertambahan kluster kanak-kanak. Contohnya dengan mengenakan notis peringatan dan kompaun terhadap ibu bapa yang ingkar”

“Tindakan ini wajar dilaksanakan segera kerana ibu bapa serta anak-anak mereka membanjiri pusat membeli-belah sejak kebelakangan ini.”

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berharap kerajaan segera mempertimbangkan solusi yang berkesan untuk mengurangkan pertambahan kluster dalam kalangan kanak-kanak.

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi