Siaran Akhbar

Syor program pulang secara sukarela kepada pekerja asing

Mei 29, 2020

Kuala Lumpur, 29 Mei – Demi mengelakkan lebih banyak pekerja asing lolos, selain perlu mempertingkatkan langkah pencegahan dalam kalangan pekerja asing, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan kepada kerajaan agar mempertimbangkan program “Pulang Secara Sukarela” untuk menggalakkan lebih ramai pekerja asing tampil dan dihantar pulang ke negara asal.

Beliau berkata, negara kita telah memasuki tahap akhir pencegahan wabak. Jumlah pesakit yang positif akan beransur ke angka 1 digit. Sekiranya kebanyakan pesakit terdiri daripada pekerja warga asing, keadaan ini akan menyebabkan orang ramai berasa tidak selamat dengan situasi tersebut. Sekaligus merasakan warga asing dalam negara perlu segera dihantar pulang demi keselamatan orang awam.

Tambah beliau, program “Pulang Secara Sukarela” ini dapat mengelakkan mereka yang dijangkiti tampil tanpa melarikan diri. Ini kerana kebanyakan mereka tidak berani untuk mendapatkan rawatan dan menyebabkan berlakunya penyebaran tidak terkawal dan sukar dibendung.

Selain itu, ekonomi negara terkesan kerana pandemik ini, ramai yang telah hilang punca pendapatan, terutamanya mereka yang terdiri daripada pekerja biasa dan petani. Sekiranya pengurangan pekerja warga asing ini dilakukan, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diberikan kepada pekerja tempatan.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyeru kerajaan agar memberi perhatian khusus terhadap masalah penempatan asrama pekerja asing. Untuk memastikan majikan memenuhi piawaian minimum asrama dan kemudahan pekerja mengikut Akta Pekerja 1990.

Beliau berkata, kebanyakan asrama pekerja tidak mematuhi keselamatan dan kebersihan yang diperuntukkan. Kebanyakkan mereka tinggal dalam keadaan yang sesak dan tidak mengamalkan penjarakan sosial. Oleh itu, pemantauan harus dilakukan untuk mengawasi majikan agar mematuhi syarat asrama pekerja.