Siaran Akhbar

Tamatkan Lantikan Politik, Kerajaan Perpaduan Hanya Buat ‘Lakonan’

Dis 18, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pelantikan khidmat penjawat semula selepas Kerajaan menamatkan lantikan politik telah menunjukkan Kerajaan Perpaduan hanya bertindak dalam soal menamatkan pelantikan politik.

Beliau menunjukkan bahawa Parti GERAKAN bersetuju dengan keputusan kabinet untuk menamatkan semua kontrak lantikan politik kerana kerajaan boleh melantik individu professional untuk ambil alih bagi meningkatkan prestasi GLC (Government-Linked Companies) dan GLIC (Government-Linked Investment Companies), namun Bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA selepas kontrak ditamatkan.

“Bukan sahaja rakyat akan rasa kecewa, tetapi isu ini telah menunjukkan Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai keikhlasan untuk menyelesaikan masalah.”

“Kononnya selepas orang yang sama dilantik selepas kontrak digantung? Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang mengarahkan dan meluluskan pelantikan Jazlan Yaakub.”

Dominic Lau, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

“Jawatan yang besar dianggap sebagai ganjaran politik. Oleh itu, jika kerajaan mahu tamatkan khidmat lantikan politik, ia adalah perkara yang baik, tetapi azam politik ini telah dipersoalkan.”

“Selepas menamatkan kontrak pelantikan politik, Kerajaan sepatutnya melantik seseorang yang mempunyai kepakaran berkaitan untuk mengambil alih. Tetapi bukan menggunakan slogan “Tamatkan lantikan politik” untuk menghapuskan pembangkang dan seterusnya melantik seorang daripada golongan sendiri untuk mengambil alih.

Beliau percaya bahawa menamatkan lantikan politik juga perlu melibatkan lantikan politik negeri lain termasuk negeri yang ditadbirkan oleh BN dan PH bagi mencapai tujuan yang sebenar.

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI