Siaran Akhbar

Telur gred C dari India yang tidak setanding dengan Malaysia

Dis 20, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai keliru dan menyoal kenapa Kerajaan mengimport telur gred C dari India yang tidak setanding dengan Malaysia.

Menurut artikel media tempatan, telur yang diimport pertama dari India telah dijual semalam, dan harga sepapan telur adalah RM14.99, dengan purata 50 sen bagi setiap gram telur, ia lebih ringan daripada telur yang dihasilkan dan dijual di negara kita.

“Seperti yang saya sedia maklum daripada industri kita, berat telur gred C keluaran dalam negara adalah 55-59 gram untuk satu biji dan harga siling semasa yang ditetapkan oleh kerajaan adalah 41 sen untuk setiap telur gred C.

“Tetapi kenapa kerajaan tidak mahu menawarkan subsidi yang lebih tinggi atau harga siling yang lebih tinggi kepada penternak telur tempatan bagi meningkatkan pengeluaran.

Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memetik bahawa kekurangan telur di pasaran bukan disebabkan oleh masalah kapasiti pengeluaran, tetapi soal harga dan subsidi.

“Dilema sebenar yang dihadapi oleh penternak ayam dan telur kini adalah kos makanan meningkat, walaupun dengan subsidi yang diberikan oleh kerajaan, mereka masih tidak dapat mengimbangi harga kos tersebut.”

“Kesannya, ramai penternak industri ini menghadapi masalah aliran tunai yang serius, ia terpaksa mengurangkan pengeluaran bagi meringankan beban kerugian,” tegasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa pengguna yang membeli telur gred C adalah golongan berpendapatan rendah (B40) atau peniaga kecil sebelum ini.

Hal ini demikian kerana telur ini paling murah, namun kekurangan telur di pasaran dan harga telur import tinggi menyebabkan mereka terbeban. Ia sekaligus menyebabkan harga makanan meningkat.

“Walaupun kerajaan mendakwa mengimport telur adalah penyelesaian jangka pendek kepada isu kekurangan telur, tetapi apakah jalan penyelesaian jangka panjang?

“Saya menggesa Kerajaan mengumumkan jalan penyelesaian yang berkesan dan jangka masa panjang sebelum tahun hadapan.”

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI