Siaran Akhbar

Terima kasih pengundi Sungai Bakap – Dominic

Jul 6, 2024

Presiden Nasional Parti Gerakan, Dato’ Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengucap ribuan terima kasih kepada para pengundi Sungai Bakap yang menyampaikan mesej yang jelas kepada Kerajaan Madanon melalui undi mereka.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya membuktikan rakyat sudah kecewa dengan kepimpinan Kerajaan Madanon yang memungkiri janji.. Kemenangan ini bukanlah mudah, selain berterima kasih kepada pengundi Sungai Bakap yang berhikmah, jentera Perikatan Nasional yang bekerja keras siang dan malam juga patut mendapat pujian.

“Saya berharap Perdana Menteri Anwar tidak lagi mungkir janji, memberikan harapan palsu kepada pelajar SPM 10A, dan kemudian mengabaikan isu-isu rakyat serta terus menaikkan harga RON 95. Mendengar suara rakyat adalah janji Perdana Menteri sendiri, jangan berpaling tadah lagi.”

Dr. Dominic Lau mengeluarkan kenyataan ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan keputusan pilihan raya kecil DUN Sungai Bakap, mengucapkan tahniah kepada kemenangan Perikatan Nasional.

Beliau bersyukur kali ini pengundi tidak terpedaya oleh taktik-taktik kotor dan janji kosong Madanon, dan Perikatan Nasional akan berusaha mendengar pandangan dan cadangan daripada mereka yang tidak mengundi untuk PN.

Beliau menegaskan, sama ada pengundi mengundi Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan, keputusan mereka harus dihormati, itulah demokrasi. Usahlah kerana keputusan pengundi Sungai Bakap, Kerajaan Madanon dengan sengaja menyusahkan pengundi.

Beliau mengucapkan tahniah kepada calon Perikatan Nasional, Abang Abidin, yang berjaya mengatasi cabaran dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru.

Tahniah Abang Abidin, dan selamat bertugas!

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
GERAKAN

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi