Siaran Akhbar

Tingkatkan langkah keselamatan pusat pengasingan pandemik

Mei 6, 2020

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini menyifatkan langkah keselamatan yang dipraktikkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipertingkatkan dan ditambah baik selaras dengan perkembangan semasa. Tindakan itu sejajar dengan situasi yang membabitkan kes 7 warga asing yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes COVID-19 melarikan diri dari pusat kuarantin di Kuala Lumpur kelmarin.

Beliau juga mengecam tindakan tidak bertanggungjawab warga asing terbabit kerana membahayakan diri sendiri dan membawa risiko kepada orang lain. Melarikan diri dari pusat pengasingan adalah perkara yang serius. Tindakan mereka akan mendedahkan orang lain yang sihat mudah dijangkiti.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata demikian dalam kenyataannya hari ini.

“Tindakan perlu dilakukan segera untuk mengesan dan menangkap semula mereka serta mengenakan tindakan yang tegas dan setimpal sebagai peringatan. Kerajaan perlu mempertingkatkan langkah kawalan di semua pusat pengasingan Covid-19 untuk mengelakkan kejadian sebegitu berulang pada masa akan datang.”

Beliau juga menjelaskan tindakan seperti itu cukup untuk menggagalkan usaha membendung pandemik ini. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil tindakan dan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas mereka.

Sebagai contoh, kerajaan boleh mencontohi Singapura yang menarik balik hak bekerja warga asing sekiranya melanggar perintah pengasingan yang diperuntukkan dan tidak akan dibenarkan untuk kembali bekerja di Singapura selama-lamanya.

Manakala majikan pekerja asing juga akan terkesan sama kerana mereka akan dikenakan tindakan dan tidak boleh memohon pekerja asing selama 2 tahun berikutnya.

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi