Siaran Akhbar

Tubuh jawatankuasa khas tangani masalah kenaikan kos bahan binaan

Jun 22, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah kenaikan kos harga bahan binaan.

Menurut beliau kenaikan harga tersebut sekaligus mempengaruhi harga rumah di Malaysia meningkat.

“Selain daripada kekurangan pekerja, kos bahan mentah yang tinggi juga membebankan pemaju. Jadi pembina tempatatan terpaksa menanggung tekanan kos ini”

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan semalam.

Indeks Kos Bahan Binaan (BCI) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan harga bar keluli telah meningkat sebanyak 5.7 sehingga 21.9 peratus di Sabah dan Sarawak.

Harga purata simen pukal juga telah melonjak kepada RM307 satu tan metrik. Ia menyebabkan kontraktor perlu bayar kos yang lebih tinggi dalam binaan baharu, ia sekaligus memberi kesan kepada kenaikan harga rumah.

Menurut kajian, harga rumah di negara kita akan meningkat sebanyak 5 peratus sehingga 10 peratus pada tahun depan mungkin disebabkan peningkatan kos bahan binaan.

Beliau menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas antara jabatan yang diketuai oleh Menteri Kanan Kerja Raya untuk merangka strategi bagi menyelesaikan masalah harga bahan binaan yang tinggi, supaya rakyat yang berpendapatan rendah juga boleh memiliki rumah.

YB SENATOR DATUK DR DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi