Siaran Akhbar

Tubuh saluran komunikasi untuk menggalakkan golongan belia peka terhadap isu-isu semasa

Jul 12, 2022

Presiden Nasional Parti GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan kerajaan menubuhkan saluran komunikasi untuk menggalakkan golongan belia peka terhadap isu-isu semasa dan berani memberi pandangan.

Ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi golongan belia terhadap politik negara kita, malah keyakinan golongan belia terhadap polisi negara kita.

Kebanyakkan golongan belia telah muak terhadap politik negara kita, sebab prestasi yang mengecewakan dari ramai ahli-ahli politik yang dipilih pada PRU yang lepas dan berasa undi mereka tidak dapat membawa apa-apa perubahan kepada negara kita.

Beliau membuat kenyataan itu kepada media selepas menghadiri satu sesi perjumpaan dengan golongan belia dari Persatuan GRADUAN Muda Malaysia secara santai melalui makan malam.

“Ramai telah menyalahkan golongan belia yang tidak ambil berat terhadap politik dan negara. Namun, punca kepada masalah ini, bukankah ini merupakan protes senyap mereka terhadap isu sosial negara kita?

Dominic Lau turut menekankan bahawa generasi muda merupakan daya penggerak yang penting dalam politik, pembangunan dan ekonomi. Kita perlu memikul tanggungjawab sebagai Anak Malaysia untuk meningkatkan pembangunan Malaysia.