Siaran Akhbar

Wujudkan saluran pengecualian cukai kepada NGO-NGO yang tidak bermotifkan keuntungan

Mac 23, 2022

1. Sektor pendidikan dan perubatan memainkan satu peranan yang penting terutamanya negara kita kini sedang menuju fasa endemik dan pemulihan ekonomi negara sedang dilaksanakan.

2. Oleh itu, kerajaan perlu menggalakkan pemberian derma terutamanya bagi tujuan pembangunan pendidikan dan kesihatan.

3. Cadangan saya, Kerajaan di bawah Kementerian Kewangan mesti memberi pengecualian cukai ke atas penderma bertujuan untuk pembangunan institusi pengajian tinggi dan hospital yang tidak berpaksi keuntungan semata-mata.

4. Saya difahamkan banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memang mempunyai niat untuk membantu negara atau kerajaan membangunkan pusat pengajian tinggi dan hospitaliti demi mempercepatkan pemulihan ekonomi.

5. Mengikut akta yang ditetapkan oleh Kerajaan, NGO tidak layak menubuhkan pusat pengajian atau hospital mereka sendiri melainkan menubuhkan satu syarikat terlebih dahulu yang tidak mementingkan keuntungan. Tetapi dibawah syarikat tersebut mereka akan dikenakan cukai.

6. Oleh itu saya ingin memberi satu cadangan kepada kerajaan mewujudkan satu saluran mendapat pengecualian cukai bagi tujuan amal seperti pembangunan hospital dan institusi yang tidak bermotifkan keuntungan.

7. Saya mengharapkan kerajaan membuat satu kajian mengenai cadangan ini bagi tujuan menggalakkan orang ramai menderma.

8. Sekali lagi saya berharap mewujudkan satu saluran pengecualian cukai kepada penderma-penderma dan individu yang menerima derma bagi tujuan pembangunan institusi pengajian dan hospital yang tidak bermotifkan keuntungan.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN