Siaran Akhbar

Kaji semula keputusan larangan ke atas semua bentuk sewa STR

Mei 26, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengkaji semula keputusan larangan ke atas semua bentuk sewa penginapan jangka pendek (STR) di unit kediaman supaya pelancongan Pulau Pinang kekal berdaya saing.

Beliau mencadangkan pihak berkuasa berbincang dengan pihak berkepentingan dan merangka garis panduan yang berkaitan untuk mengawal selia STR dan mengimbangi kepentingan penduduk dan pengusaha lain.

Beliau juga mengaku bahawa keputusan MBPP menyekat STR di unit kediaman sememangnya munasabah dan mempunyai keperluan, tetapi kesan negatif terhadap pengusaha sewa jangka pendek dan pelancong juga tidak boleh diabaikan.

“GERAKAN menyeru MBPP untuk mempertimbangkan semula keputusan ini dan mewujudkan satu sistem serta norma yang adil dan munasabah bagi mengalakkan pembangunan sewa penginapan jangka pendek”

“Mereka boleh merujuk kepada model pengurusan STR dari negara lain seperti, Singapura, Taiwan, Jepun dan lain-lain. Ini termasuk sistem pendaftaran, mengutip cukai dan yuran, mengawal hak dan kewajipan penyewa dan pemilik rumah dan sebagainya.”

“Dengan cara ini, kerajaan bukan sahaja boleh melindungi industri hotel, kawasan kediaman dan peraturan undang-undang, tetapi juga dapat melindungi kepentingan pengusaha STR dan pelancong bagi menggalakkan daya saing industri pelancongan di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau berkata, Pulau Pinang merupakan lokasi tumpuan pelancong, ia boleh menarik berjuta-juta pelancong tempatan dan asing setiap tahun.

Jadi, kerajaan negeri perlu mempunyai pelbagai jenis pilihan penginapan, ia termasuk hotel, inap desa, asrama belia, STR dan lain-lain untuk memenuhi keperluan penginapan pelancong.

Beliau juga bimbang keputusan menyekat STR di unit kediaman akan membawa masalah lain yang serius. Contohnya, lebih ramai rumah yang kosong, pengusaha STR mungkin tidak dapat membayar yuran pengurusan dan yuran penyelenggaraan selepas kehilangan pendapatan, pemilik rumah mungkin akan bankrap kerana gagal membayar pinjaman perumahan serta industri lain yang berkaitan dengan STR juga akan terjejas.

“Keputusan menyekat STR di unit kediaman bukan sahaja mematahkan mata pencarian pengusaha untuk memperoleh pendapatan tambahan tetapi juga melucutkan kebebasan pelancong mimilih penginapan kerana ia telah menyekat hak mereka untuk mencari penginapan yang sesuai dengan bajet dan pilihan sendiri.

Dominic percaya bahawa keputusan ini tidak kondusif untuk pembangunan industri pelancongan di Pulau Pinang, kerana STR boleh menarik lebih ramai pelancong dengan kepelbagaian dan keistimewanya.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi